Wednesday, November 26, 2008

ORANG TAWAU

ANDA MEMANG ORANG TAWAU BILA....

1) Memandu di sebelah kanan jalan dengan kelajuan 30km/jam ( ndak paham undang-undang punya orang)

2) Ahli jawatankuasa kampung dipegang oleh hanya sebuah keluarga sahaja (Abang JKKK kampung, Adik Ketua Kampung, Anak bendahari dan semualah jawatan dorang yang ambil)

3) Melintas jalan macam jalan-jalan bersiar ditaman tidak takut dengan kereta.

4) Beli baju berjenama cari dirombengan (Maklumlah diTawau mana ada butik)

5) Tiba masa pilihanraya sibuk ke kaunter pejabat politik ( dapat 50 ringgit seorang terutamanya orang-orang tua)

6) Pasaraya besar baru dibuka berebut semua mau pergi, macamlah pasaraya tu buka lepas tu terus tutup ndak buka buka lagi..

7) Suka berhutang dengan Halakah ( Peniaga Pakistan) walaupun tau harga yang dijual 2 kali ganda lebih mahal ( bayar 2 ringgit sehari punya pasal terutamanya peniaga di pasar)

8) Memanggil Tuan kepada Peniaga Pakistan , polis dan penjawat awam walaupun sebenarnya dorang ni ala pangkat rendah je..

9) Nampak lampu isyarat warna kuning minyak kereta makin ditekan ( tu isyarat nak suruh berhenti bukan suruh laju..paham-paham lah)

10) Terpaksa bayar deposit berulang kali dengan Jabatan Air sebab seringkali tukar meter.. meter yang lama air tak jalan sebab tekanan kurang...so Jabatan Air buat Paip baru lepas tu suruh apply meter baru..kasian orang kampung tapi di Taman perumahan tak pula..seumur hidup tu juga meter yang dorang gunakan ( buduh punya Jabatan Air)

11) Melihat orang curi karan sebagai perkara biasa..


Yang lain tu kalau ada boleh tambah k...

No comments: