Thursday, November 27, 2008

ALONG BERLESEN

Bodoh punya along..tak faham bahasa orang kata jangan letak iklan kat kereta tak faham-faham juga..ini lah keluhan penduduk Tawau pada masa kini..sekiranya kita lihat ditepi-tepi jalan mahupun di kawasan tepi bangunan kedai terdapat banyak serakan kertas pelbagai warna hasil daripada kerja seni bodoh along berlesen di daerah Tawau ini..pada mulanya biasa saja tapi sekarang ni boleh dikatakan hampir setiap hari dan pelbagai jenis syarikat along berlesen ini meletakkan kertas iklan di cermin hadapan kereta tak cukup dengan kerta business card diselit dekat cermin sisi kereta...Heran walaupun Presiden MPT telah memberi amaran tentang perkara ini, namun amaran ini dianggap sebagai kentut..yang mana bila ia kedengaran orang tutup hidung tapi sekejap lepas tu orang buka kemballi..takut denga bau tuuu..begitu juga halnya dengan Along berlesen bila dengar Presiden bagi amaran semua senyap lepas tu beberapa hari perkara serupa berulang lagi..Hai kesian Presiden MPT..Tuan Boat (Penguasa MPT) pun tak ambil peduli bila perkara ni berlaku..buta ke atau dah dapat syer...pemberi lesen pula ( balik kepada MPT lagi) sudah-sudah lah bagi lesen kepada Along tu..siapa yang susah..Tukang sapu dekat bandar tu juga yang kena.. boleh dikatakan setiap deretan bangunan pasti terselit satu Premis ALong..(PEMINJAM WANG BERLESEN, HANPHONE BOLEH TUKAR WANG KAD KREDIT BOLEH AMBIL WANG DISINI KADAR TERENDAH 10%) Tulisan yang dipaparkan dekat cermin gelap premis Along tu lahhh..Dalam iklan pula(PINJAMAN MUDAH BAGI PENIAGA KECIL, KAKITANGAN AWAM..KELULUSAN SEGERA..TIDAK PERLU PENJAMIN..BOLEH TUTUP HUTANG LAMA) dan berbagai perkataan lain yang manis didengar oleh telinga orang yang memang suka berhutang..tapi heran juga kan peniaga tepi bangunan tu tak layak juga meminjam dengan Along ni..heran..heran..berbalik dengan hasil seni bodoh mereka tadi..Wahai ALONG BERLESEN kesihan lah sikit dengan pacik-pacik tukang sapu dekat bandar tu..mereka ni bukannya muda lagi..kalau kerja seharian mereka asyik mengutip kerja seni bodoh Kamu tu boleh bongkok mereka kamu kerjakan..kalau lah mereka tiada mungkin bandar Tawau ni penuh dengan kertas seni bodoh kamu ni...Pihak Penguasa tempatan pula tak ada tindakan kah..cubalah tegas sikit kalau nampak kertas seni bodoh ini bersepah suruh je..Along tu pergi kutip..kan ada nama syarikat dan alamt dekat kertas tu..kalau mereka ingkat saman je..dorang kan banyak duit..kalau tak macam mana mau kasi pinjam orang...

Wednesday, November 26, 2008

DURJANA YANG MEROSAKKAN IMEJ TAWAU

ORANG TAWAU

ANDA MEMANG ORANG TAWAU BILA....

1) Memandu di sebelah kanan jalan dengan kelajuan 30km/jam ( ndak paham undang-undang punya orang)

2) Ahli jawatankuasa kampung dipegang oleh hanya sebuah keluarga sahaja (Abang JKKK kampung, Adik Ketua Kampung, Anak bendahari dan semualah jawatan dorang yang ambil)

3) Melintas jalan macam jalan-jalan bersiar ditaman tidak takut dengan kereta.

4) Beli baju berjenama cari dirombengan (Maklumlah diTawau mana ada butik)

5) Tiba masa pilihanraya sibuk ke kaunter pejabat politik ( dapat 50 ringgit seorang terutamanya orang-orang tua)

6) Pasaraya besar baru dibuka berebut semua mau pergi, macamlah pasaraya tu buka lepas tu terus tutup ndak buka buka lagi..

7) Suka berhutang dengan Halakah ( Peniaga Pakistan) walaupun tau harga yang dijual 2 kali ganda lebih mahal ( bayar 2 ringgit sehari punya pasal terutamanya peniaga di pasar)

8) Memanggil Tuan kepada Peniaga Pakistan , polis dan penjawat awam walaupun sebenarnya dorang ni ala pangkat rendah je..

9) Nampak lampu isyarat warna kuning minyak kereta makin ditekan ( tu isyarat nak suruh berhenti bukan suruh laju..paham-paham lah)

10) Terpaksa bayar deposit berulang kali dengan Jabatan Air sebab seringkali tukar meter.. meter yang lama air tak jalan sebab tekanan kurang...so Jabatan Air buat Paip baru lepas tu suruh apply meter baru..kasian orang kampung tapi di Taman perumahan tak pula..seumur hidup tu juga meter yang dorang gunakan ( buduh punya Jabatan Air)

11) Melihat orang curi karan sebagai perkara biasa..


Yang lain tu kalau ada boleh tambah k...